DISCLAIMER! ![]() HeartBeat I love they until my eyes closed. Arghhhh :/ iloveyou. Muka-muka yang saya sayang sangat-sangat :'D Heeeeeeee. Enjoy! SHOUT LOUDLY! ![]() ABOUT THE BLOG!
| Punca kemerosotan akhlak dalam kalangan Remaja. Okay everybody :> Now, aku nak cerita pasal punca-punca kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja. Kauorang mesti ada nampak kan budak-budak remaja sosial semua nii. Hmm, aku punn ada nampak jugak lagi-lagi dekat Kuala Lumpur. Maaf, aku bukan mengutuk k? :) Dalam era model selalunya, manusia di seluruh dunia mengecap pelbagai pembaharuan sama ada dari segi teknologi, pemikiran, kehidupan dan banyak lagi. Pembaharuan yang paling ketara mempengaruhi para remaja hari ini ialah budaya kuning dari Barat, budaya kuning ni macam budaya belah barat laa kan. Hahaha, yang terbukti melalui tindak-tanduk golongan ini yang kadangkala agak melampaui batas. Contohnya, sebilangan remaja beranggapan kononnya berpelukan di khalayak ramai atau di depan ibu bapa bukanlah sesuatu yang patut dipandang jelek, alahai, jelek ni macam dipandang hina :) gara-gara terikut-ikut dengan budaya Barat yang terlalu bebas. Dalam konsert-konsert anjuran pihak-pihak tertentu yang hanya memikir kan keuntungan dan meminggirkan kesan buruknya, kelihatan anak-anak remaja terkinja-kinja, haaaa, ni mesti tak tahu kan? hahaha, terkinja-kinja ni macam tergedik-gedik, terloncat-loncat menari seolah-olah kerasukan hantu atau jin ketika menikmati muzik yang rancak. Aku rasaaa dia tak segan laaa kot, lelaki dengan perempuan terjerit-jerit, terpekik-pekik mengikut lirik lagu yang kadang-kadang berunsur lucah ataupun ganas. Tak hairanlah kalau banyak pihak yang menentang penganjuran konsert liar yang boleh mempengaruhi fikiran golongan-golongan remaja yang masa kini. Pelbagai rancangan televisyen atau filem Barat turut membawa kesan negatif dalam kehidupan masyarakat, khususnya terhadap golongan remaja. Mereka begitu terpengaruh dengan kehidupan ala Barat yang dipertontonkan hingga sanggup meminggirkan nilai-nilai murni serta adat ketimuran yang diwarisi sejak zama-berzaman. Keadaan bertambah buruk kalau filem-filem tempatan yang masih memelihara adat resam dan kesopanan tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat, ibarat hidup sengan mati tak mahu. Haaaa, ayat tuu kau cari dalam kamus :P Okay sekarang kita masuk pasal pakaian pula, sekarang ini memang ramai remaja-remaja perempuan tidak bertudung. And, berpakaian seolah-olah didalam rumah. Err, macam pakai bikini je, berpakaian sex ! Aku pernah nampak, dekat kuala lumpur la. Hahahahahaha, pakaian macam ni selalunya dipakai oleh anak-anak gadis belasan tahun yang begitu bangga mendedahkan pusat bertindik sudah menjadi pemandangan biasa di kawasan-kawasan bandar macam Bangsar atau Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur right? Kauorng pernah nampak? Kemajuan televisyen satelit pula membawa pelbagai program berbentuk hiburan yang melalaikan golongan remaja, sekali gus menghanyutkan mereka dalam dunia tersendiri. Lebih malang lagi, amalan hidup yang berpandukan agama turut terpinggir lantaran ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Langkah terbaik untuk menangi masalah moral dalam kalangan remaja harus dicari bagi mengelakkan mereka daripada terus jerumus dalam keruntuhan akhlak yang lebih dahsyat. Ya allah, sedar laa kan mereka. Aku maluuuu sebagai seorang perempuan. |